Thursday, August 12, 2010

Marhaban ya Ramadhan...

Selamat Pagi Sunshine...

Diari,
Perjalanan hidupku sebagai khalifah di pentas ini kuteruskan dengan rasa syukur yang tak terlafaz tatkala Ramadhan menjelma lagi. Dalam tempoh hayat yang ku hitung, aku benar berterima kasih padaMu Tuhanku kerana kurnia yang tak ternilai ini,dan rahmat kasihMu yang tak pernah Kau putuskan dariku.

Terima kasih Allah atas hayat yang masih berbaki ini untuk ku terus mengabdikan diriku, hidupku dan matiku padaMu. Aku tak pasti adakah hari esok masih milikku untuk merasai nikmat ini, adakah Ramadhan yang seterusnya masih ada untukku..?

Dalam pengabdian ini, aku benar mahu mencari halawatul iman. Hakikat adalah hakikat. Insan biasa tidak mungkin ada yang sempurna. Namun ku benar yakin peluang untuk mengukir acuan hidup agar menjadi lebih baik tetap ada. Untuk itu, ku mohon padaMu Tuhanku, dalam pencarian ini Kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi segenap ujian yang Kau beri. Jangan Kau biarkan hambaMu ini leka dalam mengenal manusia hingga terlupa mengenalMu, Maha Pencipta. Jangan Kau dekatkan aku pada lunak kata manusia hingga aku lupa pada bicara KalamMu...

No comments:

Post a Comment