Monday, August 30, 2010

Jahilnya Kita Dalam Masyarakat Yang Kembali Jahiliyah...

Selamat Pagi Sunshine...

Jendela pagi ini dibuka dengan satu curahan rasa yang tak tertanggung lagi untuk hatiku menjerit marah, jiwaku menangis sedih. Hari semalam senyumku tawar bila mendengar satu perkhabaran yang menyentuh hatiku sebagai seorang manusia. Sudah menjadi kes terpencil sebenarnya tapi hanya kudengar melalui media.

Malam sebelumnya memang aku dapat merasai sesuatu yang tak enak. Aku tak dapat lelapkan mata hingga tepat jam 5. I've no idea why. Tapi ku lalui siang keesokannya seperti biasa. Hampir pukul 4 petang semalam, my best friend balik dari kelas. "Ada orang buang bayi. Betul. Kat simpang sana," katanya dengan nada yang berbaur sedih dan marah.
Kenderaan polis berlegar - legar. Menurut kawanku, seorang lelaki berbangsa India called the police right after dia nampak seorang bayi dalam bungkusan plastik.

Astaghfirullah..air mata tiba - tiba menitis. Dalam bulan yang baik, dalam keadaan umat Islam masih dalam ibadah, dalam suasana terik matahari di luar sana seorang anak kecil yang baru lahir dan belum mampu membuka mata melihat dunia ditinggalkan, diletak dalam plastik nipis, disangkut pada tiang papan tanda di tepi jalan... Ya Allah..hati mana yang tak sebak. Satu anugerah dan amanah yang tak ternilai itu bukankah seharusnya disambut hadirnya dengan azan dan iqamah yang suci??
Status dan identiti belum dapat dipastikan. Melayu, Cina atau India sekalipun anak kecil tu tak berdosa, kenapa harus terima hukuman atas kesalahan ibu dan "kononnya" bapanya sendiri!!!

Aku tak faham kenapa kebanyakannya adalah berketurunan Melayu. Adakah masyarakat kita dah kembali ke zaman jahiliyah?? Bunuh diri, bunuh sesama manusia, zina dan rogol, bunuh zuriat sendiri... Gila!! Memang gila!! Bukannya tak tahu apa akibatnya tapi sengaja menafikan ajaran agama. Yang si lelaki, lari daripada tanggungjawab. Si perempuan, lari daripada malu. Dah berlaku, malu. Sebelum berlaku kenapa tak malu?? Lebih malu dengan manusia yang dicipta daripada malu dengan Maha Pencipta?? Masuk paper, masuk TV, tutup muka. Buat apa nak tutup? Keluar, repeat the same mistake. Sebab apa?? Kena tangkap khalwat, just kena bayar denda. Ada duit, semua benda difikirkan mudah. "Lahir anak, u buang, habis cerita...your dosa belakang kira...nanti dah tua, u taubatlaa...".
No, no, no..sangkaan u meleset..u ingat nyawa yang Allah bagi free ni sampai bila-bila?? U fikir your life span 1000 tahun punya lama?? Benar Allah Maha Pengampun bagi mereka2 yang melakukan taubat nasuha...tapi nak tunggu bila dah tua?? Tanya sikit, sure u sempat tua ka??

Haiwan pun sayangkan anak, tapi kita sebagai manusia?? Di mana kemanusiaan kita?? Aku pasti paling tidak pun manusia yang tak bertanggungjawab tu akan dihantui rasa bersalah hingga akhir nyawa mereka. Mungkin itu kali pertama mereka lakukan perbuatan terkutuk itu, dan mungkin juga tidak. Apapun, mungkin hukuman di dunia dapat kau lari, tapi hukuman Allah itulah yang pasti. Kau teruskanlah hidup dalam syurga cinta dunia yang kau puja tanpa kau bayangi maha indahnya syurga yang dijanjikan Allah. Larilah dari penjara dunia tanpa memikirkan azab yang maha pedih di akhirat nanti.

Alhamdulillah bayi tu masih hidup walaupun tanpa ibu bapa di sisi...Menurut rakan - rakan lain yang menyaksikan sendiri, khabarnya bayi lelaki tu sangat comel dan berada dalam keadaan baik. Tanpa tangisan...kerana dia tahu Allah hampir dengannya. Terima kasih tuhan kerana dengan kekuasaanMu Kau pelihara jasadnya di bawah terik mentari, dalam keadaan tidak disusukan, tiada kelengkapan dan keperluan.

Anak kecil yang comel dan baik, membesarlah dengan sihat walau di mana pun dirimu berada. Semoga zaman kanak - kanak dan remaja mu nanti terdidik dengan sempurna, dan semoga dewasamu jauh dari kesalahan yang pernah dilakukan "ibu" dan "bapa"mu...
Ya Allah lindungi dan peliharalah dia dengan kasih sayangMu. Aku hambamu yang lemah memohon agar kau tetapkan imanku dan peliharalah aku dari segala yang Kau murkai. Sesungguhnya aku tidak terkecuali untuk cenderung melakukan sesuatu seperti itu kerana aku juga insan biasa seperti mereka. Maka janganlah Kau palingkan hatiku setelah kau berikan petunjukMu. Dekatkan aku hanya pada lelaki yang berada di kalangan hambaMu yang beriman dan bertakwa kepadaMu...yang menganggap cinta itu keranaMu. Hindarkan aku daripada lelaki yang menganggap cinta itu nafsu. Aku mohon dengan sangat, aku mohon dengan sangat...
Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.

No comments:

Post a Comment