Sunday, October 2, 2011

Lagu Tema SOLEHAH...

Dialah pasangan,
Pengaruh kelembutan,
Bimbanglah dengan bimbingan,
Cetusan membahagiakan...

Kau wanita terbilang,
Tabah, cekal bertandang,
Kerna kau lahirlah penerus jasa,
Kau SOLEHAH bahkan nyawa kau pertaruhkan,
Agar NUR IMAN terpelihara...

Komposer: Farihin Abdul Fatah
Nyanyian: Badri Ibrahim

Sunday, September 18, 2011

SOLEHAH...Indahnya Hiasan Dunia...

Solehahkah aku untuk menduduki imtihan duniaMu?
Solehahkah aku untuk melamar maghfirahMu, Allah..
Solehahkah aku untuk melewati dini hari,
menghias sujud tafakurku sebagai mahar ke syurgaMu...
Maka dalam pengharapan ini,
ku mohon dengan sebenar-benar permintaan...
Solehahkan aku wahai Allah dalam setiap titis juangku ke jaln redhaMu...

Tuesday, May 31, 2011

Tafakurku Pada Dini Hari...

Ya Allah...
Jika benar dia adalah untukku,
Maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Dan...
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..

Ceritera Tentang Seseorang: Kisah Tukang Sapu...

Detik 12 tengah malam membawa fikiranku melayang terbang. Jauh. Jauh sangat. Sejauh kenangan aku bertemu seseorang yang tiada pertalian darah denganku tapi kisahnya bisa menjadi coretan pada kanvas mayaku. Setelah lama aku menyepi, namun kali ini bukan kisahku untuk dipaparkan. Tiada apa yang pelik kerana dalam hidup ni bukan hanya kita yamg berada di pentas lakonan ni, tapi juga aku, kamu, dia dan juga mereka..

Kisah bermula ketika aku sedang berjalan tanpa mendongak muka ke udara. Tiba-tiba kedengaran satu keluhan. Suara yang punya gambaran kekecewaan. Sayu. "Banyaknya...kenapa lah sampai macam ni..."
Lebih kurang begitulah yang sempat dirakam pada benakku. Bagai satu medan elektromagnet yang pantas menarik anak mataku memandang ke arah suara tu. Di situ seorang wanita lebih separuh abad usianya sedang tunduk, membongkokkan tubuh. Perlahan dia mengutip cebisan sampah. Dengan kaki dan tangan yang menggeletar, namun tetap hatinya akur pada tugas. Anak mataku seolah dapat meneka. Mungkin setiap titis keringat yang membasahi alisnya menjadi galang ganti sesuap nasi dan secangkir kopi. Kaki ku tak mampu menapak lagi. Terhenti aku di situ.

"Makcik, makcik ok?" Sapaan ku akhirnya dibalas dengan satu senyuman sambil menyapu keringat yang biasanya kering sendiri. Tanpa suara. Hanya sekadar mengangguk sebagai jawapan. Botol - botol yang bergelimpangan segera ku kutip. Tak sanggup aku berlalu tanpa endah. Aku segera mendekatinya. "Makcik, bersabarnya makcik buat kerja berat macam ni...menyapu dari kaki lima ke kaki lima, dari anak tangga ke anak tangga". Aku tak mengharap sebarang balasan kata. Sekadar meluah rasa kagum.

"Nak buat macam mana, makcik kena jugak kerja. Kalau tak, sapa nak bagi duit..sapa nak sara makan minum. Setakat mana makcik mampu, makcik buat..melainkan bila dah tak berdaya."

Telahan aku memang benar. Kesempitan hidup menuntut sebuah pengorbanan yang cukup besar. Selagi mana kita masih menyandang watak di pentas hidup ni, selagi itulah skrip berada di genggaman. Yang membezakan antara aku, kamu, dia, kita dan mereka, hanyalah jalan cerita dan pengakhiran sebuah sketsa.

Pertemuan antara "aku & dia" ini menjadi pesanan buat diriku sendiri dan juga kamu. Ingatlah walau siapa pun kita, setinggi mana pun kita berada...jangan pernah kita berkata:
- Ah, biarkan saja. Kan kerja dia.
- Ala, kalau tak nanti dia takda kerja pulak.
- Habis, nak makan gaji buta?
- Biarla, dia tahu la kerja dia.
- Dah nak sangat kerja tu, ambikla.

Sebaliknya, ingatlah dan berkatalah pada diri kita:
- Takpa, kita sama-sama jaga.
- Sekurang-kurangnya kita kurangkan la beban mereka.
- Mereka pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan.
- Syukur la masih ada orang seperti mereka yang sanggup bekerja sedemikian rupa.

Lebih menginsafkan bila kita sentiasa meletakkan diri kita di tempat mereka. Bayangkan seorang wanita tua itu adalah ibu kita, apakah kita sanggup melihat dan mendengarnya?
Ingatlah, jika hanya tahu menyebut "aku", "kamu" dan "dia", tentu jauh sekali untuk memahami istilah "kami", "kita" dan "mereka".

Sekian, Wallahu'alam.

Sunday, February 20, 2011

Make The "Good" Still, To Keep The "Bad" Away... (",)v

Morning Sunshine... :)

Sebulan + 2 minggu = 6 minggu = 44 hari i'd been leaving, jauh dari ruangan maya ku. Mungkin tidak dapat tidak, 30 coretan dapatku pahatkan di sini. Tapi aku gagal melunaskan setiaku pada mata kamu untuk meluah, pada wajah kamu untuk melakar senyum. Maaf. Seribu kali maaf. Hari ini aku datang padamu tapi bukan seperti biasa, "aku tanpa berfikir"... pelik kan? Pagi ini jiwa ku seolah kosong, fikiran ini seolah sebuah mesin yang kaku, hati bagai tak berperasaan. Wah! Kronik! Really?? No, of course la tak... I & My Thoughts, mana boleh berenggang :P

Ada je benda yang nak ku pahatkan di sini...
Beloved mama, Happy 44th Birthday which was on February 7 yang lalu..
Btw, Happy Birthday once again jugak to my beloved youngest brother. February 13. Maafkan kakak sebab celebrate it lambat. Semalam baru dapat. Kira okie la tu kan? Kenyang sampai tertidur dalam kereta...not bad, huh? Tak sangka mama pun suka pilihanku. Apa tak nye, Triple Platter + Thai Seafood + Tempura Prawny lagi...
So long u're happy, i'm happy for you.. :)

Okie la, untuk coretan seterusnya...i'll be here again tonight, InsyaAllah... :)

Friday, January 7, 2011

Macam - Macam Lah Aku Ni... :D

Penat...
Nak rehat...
Tapi mata tak dapat lelap...
Mungkin disebabkan serbuk milo..yummy!
Dah habiskan hampir separuh mug...hmm.. :/

Apa agenda untuk esok??
Tunggu..... :)

Nighty Sunshine. Peace!

Wednesday, January 5, 2011

Terlalu banyak kata2 yang ingin dipahatkan di ruangan ini. Sunshine @ Ruangan maya. Pinky Diary?? Ada tersimpan dalam poket beg. Aduhaiii kenapa terasa lemah sangat hinggakan setapak dua pun terasa bagai sebatu dua jauhnya. Jam menunjukkan hampir 2 pagi. Cepatnya masa berlalu. Mata dah terasa berat untuk menatap "kanvas maya" ku. Jariku bagai hilang sendi untuk menari pada papan kekunci. Pinky Diary?? Biarkan dia di situ. Esok mungkin artikel baru dapat ditampal pada helaian yang lama dibiar kosong. Harap2 dapatla. Artikel2 lama yg disimpan entah ke mana hilang. Menyesalnya tak tampal awal2..! Main selit2 pada helaian kamus la, dalam majalah la...ish, lepas tu tak ingat! Okie, sekarang ni nak teruskan sesi ni atau tak? Nak? Taknak? Ish, nak ke tak ni..... Mataku...okie, mataku dah tak dapat nk men"jelas"kan lagi... :D
Bedtime story begins! Yeay!
Ya Allah, bagaimana prjalanan hidupku esok? Apapun, aku sentiasa brpegang pada tali Mu dengan imanku teguh pada qada' & qadarMu.

Setakat ini dulu plot untuk kali ini~ ***loading***
~To Be Continued~ :)

Tuesday, January 4, 2011

Aku, Kamu, Kita dan Di Antaranya...

Morning Sunshine... :)
Thanks Allah for giving me a chance to live my life. Ku mengerti bahawa langitmu takkan selalunya cerah. Pasti kan tiba awan mendung. Ada kalanya cuma ditemani gerimis, mungkin juga bersama gempar guruh dan petir. Tiba pula kencang taufan, badai lautan yang menghempas. Kita tertanya - tanya mengapa Allah menjadikan "pentas"nya begini. Detik hati menjerit payah, merungut susah. Namun, sedarkah kita bahawa, di sebalik arakan awan mendung itu tersimpan "air mata" rahmat ~ menitis tatkala yang dipendam menjadi sarat, menanggung berat? Inilah yang membuatkan titisan yang berada terlalu tinggi akhirnya pasti menyembah bumi, sujud pada Yang Hakiki... Ketenangan mula terasa, unggas tak lagi sayu. Awan mendung tiada lagi, mentari kembali. Dari jauh menjelma indah pelangi. Cantik. Cantik. Cantiknya. Hanya itu yang diulang-ulang. Pujian hanya pada yang dicipta tanpa sedikit pun kalimah pujian pada Sang Pencipta. Kita pun terus mendongak ke atas dan terus merenung tanpa melihat saki baki embun pada daun. Indah di mata kian hilang. Sekelip mata. Di mana sang pelangi? Di mana? Ketika itu embun pada hijau daun pun tiada lagi. Tiada siapa peduli.

Wallahu'alam.
Salamun 'alaik.