Friday, January 7, 2011

Macam - Macam Lah Aku Ni... :D

Penat...
Nak rehat...
Tapi mata tak dapat lelap...
Mungkin disebabkan serbuk milo..yummy!
Dah habiskan hampir separuh mug...hmm.. :/

Apa agenda untuk esok??
Tunggu..... :)

Nighty Sunshine. Peace!

Wednesday, January 5, 2011

Terlalu banyak kata2 yang ingin dipahatkan di ruangan ini. Sunshine @ Ruangan maya. Pinky Diary?? Ada tersimpan dalam poket beg. Aduhaiii kenapa terasa lemah sangat hinggakan setapak dua pun terasa bagai sebatu dua jauhnya. Jam menunjukkan hampir 2 pagi. Cepatnya masa berlalu. Mata dah terasa berat untuk menatap "kanvas maya" ku. Jariku bagai hilang sendi untuk menari pada papan kekunci. Pinky Diary?? Biarkan dia di situ. Esok mungkin artikel baru dapat ditampal pada helaian yang lama dibiar kosong. Harap2 dapatla. Artikel2 lama yg disimpan entah ke mana hilang. Menyesalnya tak tampal awal2..! Main selit2 pada helaian kamus la, dalam majalah la...ish, lepas tu tak ingat! Okie, sekarang ni nak teruskan sesi ni atau tak? Nak? Taknak? Ish, nak ke tak ni..... Mataku...okie, mataku dah tak dapat nk men"jelas"kan lagi... :D
Bedtime story begins! Yeay!
Ya Allah, bagaimana prjalanan hidupku esok? Apapun, aku sentiasa brpegang pada tali Mu dengan imanku teguh pada qada' & qadarMu.

Setakat ini dulu plot untuk kali ini~ ***loading***
~To Be Continued~ :)

Tuesday, January 4, 2011

Aku, Kamu, Kita dan Di Antaranya...

Morning Sunshine... :)
Thanks Allah for giving me a chance to live my life. Ku mengerti bahawa langitmu takkan selalunya cerah. Pasti kan tiba awan mendung. Ada kalanya cuma ditemani gerimis, mungkin juga bersama gempar guruh dan petir. Tiba pula kencang taufan, badai lautan yang menghempas. Kita tertanya - tanya mengapa Allah menjadikan "pentas"nya begini. Detik hati menjerit payah, merungut susah. Namun, sedarkah kita bahawa, di sebalik arakan awan mendung itu tersimpan "air mata" rahmat ~ menitis tatkala yang dipendam menjadi sarat, menanggung berat? Inilah yang membuatkan titisan yang berada terlalu tinggi akhirnya pasti menyembah bumi, sujud pada Yang Hakiki... Ketenangan mula terasa, unggas tak lagi sayu. Awan mendung tiada lagi, mentari kembali. Dari jauh menjelma indah pelangi. Cantik. Cantik. Cantiknya. Hanya itu yang diulang-ulang. Pujian hanya pada yang dicipta tanpa sedikit pun kalimah pujian pada Sang Pencipta. Kita pun terus mendongak ke atas dan terus merenung tanpa melihat saki baki embun pada daun. Indah di mata kian hilang. Sekelip mata. Di mana sang pelangi? Di mana? Ketika itu embun pada hijau daun pun tiada lagi. Tiada siapa peduli.

Wallahu'alam.
Salamun 'alaik.