Thursday, December 31, 2009

Hidup Praktikal & Berjaya...

1. Hadapi hidup dengan penuh semangat & redha menerima dugaan
2. Sentiasa tersenyum dalam 1001 masalah mendatang
3. Memulakan setiap hari dengan ceria
4. Memuliakan salam, mudah member pujian & sanjungan
5. Tidak memberi bebanan kerja sendiri kepada orang lain
6. Melihat orang dengan jujur & tidak mempersenda
7. Berhati-hati ketika melahirkan perasaan & prasangka
8. Jangan sampai terhina dengan kata-kata sendiri
9. Hati sentiasa terbuka untuk membantu
10. Tidak mengumpat & menaruh syak
11. Cepat mesra dengan sesiapa tanpa melanggar batasan syarak
12. Menegur kesalahan orang lain dengan lembut & berhikmah

-Wallahu'alam-

Wednesday, December 30, 2009

Kata Wanita Solehah...

Janganlah bimbang andai kita tak rupawan...
Tapi,
Bimbanglah andai akhlak kita murahan...

Janganlah bimbang andai kita belum berpasangan...
Tapi,
Bimbanglah andai kita belum dapat cinta tuhan...

Monday, December 28, 2009

7 Golongan Yang Berada di Bawah Naungan Allah SWT

1. Imam (ketua negara) yang adil
2. Pemuda yang beribadah kepada Allah
3. Lelaki yang jiwanya bergantung kepada masjid
4. Dua insan yang berkasihan kerana Allah & berjauhan jua kerana Allah
5. Lelaki yang apabila diajak berbuat maksiat oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan & rupawan, maka dia menolak lantaran takut & malu kepada Allah dengan berkata "sesungguhnya aku takut & malu kepada Allah"
6. Orang yang bersedekah dengan tangan kanannya tanpa diketahui tangan kirinya
7. Orang yang menyebut & mengingati Allah di waktu bersendirian sehingga mengalirkan air matanya

-Wallahu'alam-

Janji "Perkahwinan"...

Pada satu masa yang ditetapkan, tanpa kurang lebih sesaat pun...
kita pasti dirisik...pertunangan sejak azali...
di penghujung hidup nanti berlangsungnya perkahwinan bersama maut,
hantarannya sakit dan nazak, tamu bertandang menghadiahkan tangisan,
pengantin dimandikan dipakai persalinan putih...
wangian gaharu cendana jadi pelamin...
pengantin bersanding sendirian, diarak...
berkompangkan azan dan kalimat kudus...
akad bertalkin, berwali liang lahad, bersaksikan dua nisan...
siraman air mawar keluarga terdekat..
malam pertama bersama kekasih yg berdindingkan tanah...
yang menuntut JANJI PERKAHWINAN...
renungkan...

Wednesday, December 9, 2009

Insan Soleh / Solehah...

Bagaimana untuk menjadi insan soleh / solehah?
1] Hidayah daripada Allah
2] Iman
3] Ilmu
4] Amalan
5] Akhlak

Wallahu'alam...

Wanita...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan jua dari kepala untuk dijunjung
Tapi terletak di bahu untuk dilindung
Dan dekat dihati untuk dikasihi...

Engkaulah wanita perhiasan duniawi
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah bahawa...
Kelembutanmu bukan kelemahan
Kesopananmu bukan keangkuhan
Kerendahan hatimu bukan kekurangan
Tetapi...
Anugerah dari Allah sebagai...
HIASAN KECANTIKAN...