Detik 12 tengah malam membawa fikiranku melayang terbang. Jauh. Jauh sangat. Sejauh kenangan aku bertemu seseorang yang tiada pertalian darah denganku tapi kisahnya bisa menjadi coretan pada kanvas mayaku. Setelah lama aku menyepi, namun kali ini bukan kisahku untuk dipaparkan. Tiada apa yang pelik kerana dalam hidup ni bukan hanya kita yamg berada di pentas lakonan ni, tapi juga aku, kamu, dia dan juga mereka..
Kisah bermula ketika aku sedang berjalan tanpa mendongak muka ke udara. Tiba-tiba kedengaran satu keluhan. Suara yang punya gambaran kekecewaan. Sayu. "Banyaknya...kenapa lah sampai macam ni..."
Lebih kurang begitulah yang sempat dirakam pada benakku. Bagai satu medan elektromagnet yang pantas menarik anak mataku memandang ke arah suara tu. Di situ seorang wanita lebih separuh abad usianya sedang tunduk, membongkokkan tubuh. Perlahan dia mengutip cebisan sampah. Dengan kaki dan tangan yang menggeletar, namun tetap hatinya akur pada tugas. Anak mataku seolah dapat meneka. Mungkin setiap titis keringat yang membasahi alisnya menjadi galang ganti sesuap nasi dan secangkir kopi. Kaki ku tak mampu menapak lagi. Terhenti aku di situ.
"Makcik, makcik ok?" Sapaan ku akhirnya dibalas dengan satu senyuman sambil menyapu keringat yang biasanya kering sendiri. Tanpa suara. Hanya sekadar mengangguk sebagai jawapan. Botol - botol yang bergelimpangan segera ku kutip. Tak sanggup aku berlalu tanpa endah. Aku segera mendekatinya. "Makcik, bersabarnya makcik buat kerja berat macam ni...menyapu dari kaki lima ke kaki lima, dari anak tangga ke anak tangga". Aku tak mengharap sebarang balasan kata. Sekadar meluah rasa kagum.
"Nak buat macam mana, makcik kena jugak kerja. Kalau tak, sapa nak bagi duit..sapa nak sara makan minum. Setakat mana makcik mampu, makcik buat..melainkan bila dah tak berdaya."
Telahan aku memang benar. Kesempitan hidup menuntut sebuah pengorbanan yang cukup besar. Selagi mana kita masih menyandang watak di pentas hidup ni, selagi itulah skrip berada di genggaman. Yang membezakan antara aku, kamu, dia, kita dan mereka, hanyalah jalan cerita dan pengakhiran sebuah sketsa.
Pertemuan antara "aku & dia" ini menjadi pesanan buat diriku sendiri dan juga kamu. Ingatlah walau siapa pun kita, setinggi mana pun kita berada...jangan pernah kita berkata:
- Ah, biarkan saja. Kan kerja dia.
- Ala, kalau tak nanti dia takda kerja pulak.
- Habis, nak makan gaji buta?
- Biarla, dia tahu la kerja dia.
- Dah nak sangat kerja tu, ambikla.
Sebaliknya, ingatlah dan berkatalah pada diri kita:
- Takpa, kita sama-sama jaga.
- Sekurang-kurangnya kita kurangkan la beban mereka.
- Mereka pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan.
- Syukur la masih ada orang seperti mereka yang sanggup bekerja sedemikian rupa.
Lebih menginsafkan bila kita sentiasa meletakkan diri kita di tempat mereka. Bayangkan seorang wanita tua itu adalah ibu kita, apakah kita sanggup melihat dan mendengarnya?
Ingatlah, jika hanya tahu menyebut "aku", "kamu" dan "dia", tentu jauh sekali untuk memahami istilah "kami", "kita" dan "mereka".
Sekian, Wallahu'alam.
Showing posts with label Aku Dan Hayat Ini.... Show all posts

Tuesday, May 31, 2011
Friday, January 7, 2011
Macam - Macam Lah Aku Ni... :D
Penat...
Nak rehat...
Tapi mata tak dapat lelap...
Mungkin disebabkan serbuk milo..yummy!
Dah habiskan hampir separuh mug...hmm.. :/
Apa agenda untuk esok??
Tunggu..... :)
Nighty Sunshine. Peace!

Thursday, December 30, 2010
La Tahzan...Zikir Jalan Mencari Ketenangan..
Selamat pagi Sunshine..
Aku kembali di ruangan maya ini setelah sekian lama mnyepi dari coretan kisah hidup yg berbaki.
Mata kiri ini berdenyut lagi...dah beberapa hari. Adakah ianya satu kebenaran atau sekadar kebetulan? Dalam hidup ni aku suka bila wajah trukir senyum tapi tiap kali berhadapan situasi begini pasti esok atau lusa air mata yg yang menemani. Bukan niat untuk mempercaya tapi hampir setiap kali "kebetulan" in trjadi. Nangis kenapa? Ada apa dengan semua ni? Apa yg akan berlaku ni? Desakan hati untuk terus bertanya. Hati rasa gementar pula. Kehilangan insan yg disayang? Diuji kesakitan? Bakal melalui pahit getir hidup? Perkara yg menuntut pengorbanan? Atau berdepan kata2 yg mnyesatkan? Ya Allah..aku tak sekuat Zinnirah yg tabah dalam keadaan diri trseksa. Aku tak setenang Hajar yg sering diuji cubaan yg sukar. Aku juga tak sehebat Asiah yg sabar di tengah-tengah kejahilan dan kezaliman. Pimpin diriku Ya Allah. Aku mohon dengan sangat...

Friday, September 3, 2010
Adakah Ramadhan Ini Yang Terakhir Buatku...?
Selamat pagi Sunshine...
Rancangan Semanis Kurma @ TV9 semalam membincangkan tentang mengejar apa yang dinamakan Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, yang hanya muncul pada 1 malam daripada 10 malam terakhir Ramadhan. Menurut ulasan panel jemputan, Lailatul Qadar adalah satu kurnian Allah SWT kepada hamba - hambaNya yang menghidupkan malam sepanjang Ramadhan dengan ibadah. Allah menjanjikan nikmat yang begitu besar seolah ibadah yang mereka laksanakan itu dilakukan dalam tempoh yang begitu lama.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa umat Muhammad SAW pada suatu ketika dahulu pernah menyatakan kebimbangan kepada baginda jika mereka tidak sempat beribadah sebanyak yang mungkin kerana rata - ratanya jangka hayat umat Rasulullah SAW hanya dalam lingkungan 60-70 tahun. Terlalu singkat jika dibandingkan dengan umat - umat yang terdahulu, dipanjangkan umur mereka hingga mencecah ribuan tahun. Lalu Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur umat baginda. Maka Allah SWT kurniakan Lailatul Qadar di mana pahala ibadah dilipat gandakan seolah hambaNya beribadah untuk tempoh 1000 bulan yang bersamaan 83 tahun 4 bulan. Pahala membaca Al_Quran contohnya, dikurniakan Allah SWT 1 kebaikan untuk setiap 1 huruf yang dibaca. Subhanallah.
Perbincangan diteruskan dengan tanda - tanda Lailatul Qadar. Antara tanda - tanda yang disebut:
1. Matahari tak terlalu memancar cahayanya
2. Siangnya redup, tenang
3. Malam yang cerah tanpa bulan dan bintang
4. Tidak hujan
Pada malam tersebut seluruh malaikat akan turun dan memasuki rumah - rumah ahli ibadah, memberikan salam lalu berjabat tangan dengan mereka, dengan izin Allah SWT, dan hanya kepada yang terpilih sahaja. Namun, segalanya adalah rahsia Allah SWT. Teruskan ibadah dengan tawaduk dan istiqamah. Semoga 3 fasa yang kita lalui akan diakhiri dengan malam di mana segala dosa diampunkan sebersih dan sesuci seorang bayi yang baru dilahirkan. Insyaallah. Adakah Ramadhan Ini Yang Terakhir Buatku...? Diingatkan kepada diriku sendiri agar Ramadhan ini biar jadi detik melatih dan memperbaiki diri bukan mengejar kesempurnaan, tapi cukuplah pada kesederhanaan yang sentiasa mampu ditingkatkan dari semasa ke semasa sementara hayat masih berbaki. Sekurang - kurangnya biar ada perubahan positif walaupun sedikit, asalkan terus menerus bukan hanya pada bulan tertentu. Istajibillahumma du'a ana, ya Allah.

Thursday, August 12, 2010
Marhaban ya Ramadhan...
Selamat Pagi Sunshine...
Diari,
Perjalanan hidupku sebagai khalifah di pentas ini kuteruskan dengan rasa syukur yang tak terlafaz tatkala Ramadhan menjelma lagi. Dalam tempoh hayat yang ku hitung, aku benar berterima kasih padaMu Tuhanku kerana kurnia yang tak ternilai ini,dan rahmat kasihMu yang tak pernah Kau putuskan dariku.
Terima kasih Allah atas hayat yang masih berbaki ini untuk ku terus mengabdikan diriku, hidupku dan matiku padaMu. Aku tak pasti adakah hari esok masih milikku untuk merasai nikmat ini, adakah Ramadhan yang seterusnya masih ada untukku..?
Dalam pengabdian ini, aku benar mahu mencari halawatul iman. Hakikat adalah hakikat. Insan biasa tidak mungkin ada yang sempurna. Namun ku benar yakin peluang untuk mengukir acuan hidup agar menjadi lebih baik tetap ada. Untuk itu, ku mohon padaMu Tuhanku, dalam pencarian ini Kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi segenap ujian yang Kau beri. Jangan Kau biarkan hambaMu ini leka dalam mengenal manusia hingga terlupa mengenalMu, Maha Pencipta. Jangan Kau dekatkan aku pada lunak kata manusia hingga aku lupa pada bicara KalamMu...

Monday, August 9, 2010
Dunia Baru...Demi Secebis Pengalaman...
Selamat Pagi Sunshine...
Diari,
Pagi ni hatiku ceria seperti biasa. Mungkin nyenyak tidur semalam membuatkan aku berasa segar untuk memulakan hari baru.
Hari ni bermulanya minggu ke-4 cabaran bergelar seorang guru dan merupakan minggu ke-2 P&P. Sekolahnya terletak di pinggir bandar tetapi bukanlah di kawasan pedalaman seperti di kampung-kampung kecil. Namun, kebanyakan pelajarnya merasakan Bahasa Inggeris adalah subjek yang sukar dan sebilangan besar tidak dapat memahami walaupun hanya perkataan.
Kedua-dua kelas adalah intermediate...masih memerlukan translation. So, aku terpaksa mengajar dalam dual-language. Kebanyakan mereka sudah biasa dengan spoon feeding. Setiap kali latihan diberi, mereka mahukan kita sentiasa berada di sebelah untuk membantu. Itu adalah sesuatu yang biasa. Sekurang-kurangnya mereka mencuba. Tetapi masih ada yang terpinga-pinga hanya menunggu jawapan. Sunshine...aku takkan pernah menyerah. Aku akan terus berusaha membawa mereka sekurang-kurangnya kepada minat untuk belajar. Aku tak mengharapkan sebarang bayaran. Perubahan positif mereka adalah hadiah paling berharga buatku. Tak kira apa agama mereka, asal bangsa mereka, amanah tetap amanah. "Don't give up. If you have any problem, or anything you don't understand please come and see me"... Setiap kali tamat kelas, inilah yang aku selalu katakan pada students. Sampaikan ada satu ketika some of them dah mula bertanya, "Teacher, ada mengajar tuisyen tak? I want to go to your house and study. Sejak itu makin ramai yang tak lagi segan bertanya tentang apa yang mereka belajar. Itu pun dah cukup buat aku tersenyum. Dengan gelagat mereka, walaupun penat nak menjerit setiap kali mereka nakal, they're sooooooo cute and adorable... Kawaiiiiiiiiii..!!! :)
That's all for now.

Sunday, August 8, 2010
Seindah Biasa...
Selamat pagi Sunshine..
Diari,
Sepanjang minggu lalu hari-hari ku tak seindah biasa. Hidupku tak pernah sunyi dari dugaan dan ujian. Aku tahu Allah takkan menguji hamba2Nya melainkan ujian itu mampu dilalui dengan tabah, namun aku takut Ya Allah... jika suatu hari nanti aku tak lagi mampu berdiri sebagai hambaMu yang cekal hati. Masalah hadir tanpa diduga, dari arah yang berbeza. Memang adat hidup jauh dari keluarga, masalahku di sini tetap ku hadapi sendirian. Takkan pernah ku luahkan pada mama dan abah. Biar mereka mendengar khabar gembira, bukan kerisauan setiap masa. Cukuplah aku di sini harungi semua ujian dengan kekuatan hati yang Kau anugerahkan, Tuhanku. Yang ku harapkan, Kau lindungilah seluruh keluargaku dari sebarang bentuk musibah. Berikan kesihatan yang baik buat ibu bapaku. Apa pun yang berlaku padaku di sini, ku kan tetap hiasi hari-hariku dengan senyuman. Masalah bukan penghalang untuk menjadikan hari yang kita lalui seindah biasa kan? Thanks Allah..

Sunday, January 3, 2010
Berikan Aku Sedikit Waktu...
Tuhan...
Berikan aku sedikit waktu,
Menghitung pengabdianku padaMu,
Bukan hanya pada tunduk sujudku,
Tidak sekadar lafaz kalamMu di bibirku,
Tapi juga pada hela nafasku,
Pada denyut nadiku,
Dan...Setiap sudut asaku.
Tuhan...
Berikan aku sedikit waktu,
Melewati segenap laman nurani,
Menyingkap tirai hati,
Menghapus khilaf yang lalu,
Menjejak kuntuman-kuntuman iman,
Bukan hanya pada rasa,
Tidak juga pada manis kata,
Tapi pada rela, tanpa paksa,
Pada keringat harapan dan cita,
Ku titip iringan doa, taubat nasuha.
Tuhan...
Berikan aku sedikit waktu,
Menadah mustika dari wudukku,
Menyapu ke wajah yang terpalit dosa,
Hingga ke jejak yang terpahat noda,
Bukan pada kewajiban semata,
Tidak sekadar pada nama,
Tapi juga lahirnya khusyuk pada jiwa,
Melafaz iftitah yang sama,
Saat 7 anggota merapat sembah,
Hadirnya ikhlas pada kama.
Tuhan...
Berikan aku sedikit waktu,
Merasa cinta yang telah Kau cipta,
Bukan kerana nafsu yang berbisa,
Bukan pada indah paras rupa,
Bukan hanya pada intan permata,
Tidak sekadar madu pada bicara,
Tidak juga terbeli dengan janji bahagia,
Tapi biar risikan pada keikhlasan,
Biar pinangan dasar ketaqwaan,
Biar syariat menyatukan,
Bermaharkan halawatul iman.
Tuhan...
Berikan aku sedikit waktu,
Melunaskan janji, mencurah bakti,
Bukan pada bayaran bergaji,
Tidak juga pada pujian yang memayungi,
Tapi pada fitrah insani,
Meletakkan sesuatu pada yang hak,
Memberi pada yang perlu,
Dan...Melengkapi pada yang berkongsi hati.
Tuhan...
Berikan aku sedikit waktu,
Mencari dan mengenal sesuatu,
Bukan pada apa yang aku mahu,
Tidak hanya apa yang aku tahu,
Tapi juga pada apa yang aku perlu,
Sebagai bekalan untuk bertemuMu,
Perantara mendapat redhaMu,
Dan...Hantaran untuk haruman syurgaMu.
Tuhan...
Segala pengabdian yang kuhitung,
Pengembaraan melupus kekhilafan itu,
Tadahan mustika dari wudukku,
Cinta yang kurasa dalam hayatku,
Bakti yang sempat ku tabur di hujung rindu,
Dan setiap sesuatu yang ku buru,
Biarlah menjadi bahagia di pengabadianku,
Maka, untuk itu...
Berikanlah aku sedikit waktu...

Friday, January 1, 2010
Januari...
1 Januari...
Tiap kali tibanya detik ini hatiku menjadi resah, fikiran menjadi gundah.
Bukan tiada rasa syukur padamu Ya Allah kerana masih memberiku nafas ini, tapi tiada ketenteraman bila fikiran membawaku ke satu daerah yang penuh kegelapan, daerah dengan kabus tebal melitupi mata hati hinggakan ada yang tidak mengenal diri...daerah yang ku namakan "hati yang mati".
Nikmat hidup yang dirasai dibalas "lunak puisi", "novel", dan "pementasan"
kisah cinta muda mudi.. Balingan botol bergelimpangan, najis syaitan laknatullah diteguk tanpa keinsafan, kekasih muda bukan sekadar berpegangan tangan, maruah diri jadi galang ganti menuntut rasa hati yang mati di daerah ini...saat bicara tentang dosa, dalam khayalan itulah mereka ketawa..saat berkata tentang pahala, kata mereka masih ada esok, lusa juga masih ada...
Mata ini hanya mampu menangis,
Telinga ini sekadar mendengar denyut nadi,
Tangan ini juga hanya mampu menadah doa...
Ya Allah,
ampunkan dosaku,
dosa kedua ibu bapaku...
kasihilah ibuku, ibuku, ibuku & bapaku
sepertimana mereka mengasihiku
sejak pertama kali jantungku berdegup,
hingga aku mampu memanggil nama "mama" & "abah"..
Dan..sehingga ketika ini aku mampu
menadah tangan mendoakan mereka...
Ya Allah,
Hanya Kau Tuhanku..
Aku mohon agar diampunkan
dosa-dosa seluruh ahli keluargaku, keturunanku...
Ampunkan dosa sahabat-sahabatku
yang berjuang di jalanMu..
Ampunkan dosa seluruh saudaraku
Muslimin Muslimat yang masih menikmati hayat ini
mahupun yang telah pergi menyahut panggilanMu.
Berikan hidayahMu kepada kami, Ya Allah...
Selamatkan kami dari segala musibah
atas kelalaian kami saat kami lupa diri...
Istajibillahumma du'a ana..
Amin Ya Allah..
Ya Rabbal 'alamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)